|
|
| Thursday, 26-Nov-2009 04:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Panggilan Haji...18/11/2009~Zulkifle Hj Ahmad & Siti Nor Aminah
|
|
Bila tiba musim haji mesti akan kedengaran lagu nie...
Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah
Terdengar suara
LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata
laka walmulka la syarika lak
Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih
Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah
Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu minta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
Ya sofwatAllah
Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Pada 18/11/2009 yang lalu adik ibu saya telah pergi ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima ini..Pakzul dan Cik Nor pergi dan meninggalkan 6 orang anak-anak mereka di bawah jagaan ibu saya..maklumlah,lagipun musim cuti sekolah..Anak Pak Zul yang sulung tak dapat ikut sebab hari tu hari pertama peperiksaan SPM...Anak kedua pun tak dapat ikut hantar sebab ada aktiviti kat asrama...Takpelah...nanti balik kita boleh pegi jemput yea ..Rasa sedih, gembira dan terharu sangat masa mengiringi keberangkatan diorang ke Kelana Jaya...
Dah lama nak masukkan enry nie sbnrnya tapi..fp asyik tak betul jerrr...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 26-Nov-2009 03:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ Raudhah 10 Months Old ~
|
|
Alhamdulillah...Raudhah is 10 Months Old now...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 10-Nov-2009 09:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~SPONTAN@YOUTUBE~ADOIIII!!!!SAKIT RAHANG AKU!!!
|
|
MOH LER LAYAN VIDOE NIH..INSYAALLAH LEH HILANG STRESS TU!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 5-Nov-2009 01:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edisi Merapu----My FarmVille
|
|
Hee..hee..hee..nak gelak dulu
Sebenarnya rasa nak upload gambar...tapi gambar banyak dalam pc kat umah... kalau balik umah dah malam malas pulak nak online...huhuhu... Lagi satu, kamera pulak bateri dah 'KONG'..ini semua gara-gara adik saya bawak kamera ke hostel hari tu...Charger dah kena rampas pulak ngan warden...adoyaiii!!! Nasib masa tu dia dah paskan kamera kat member dia yang tak tinggal di hostel...Tinggallah kamera jerr skarang nie...Kalau kamera tu boleh bercakap..mesti dia kata "Huh...rilekk sikit aku.."
Tapi xper...baru dapat idea masa main kat facebook tadi.. ...silalah lihat tanaman-tanaman dan haiwan peliharaan saya...hehehehe..
Ini adalah pokok terung saya...ehehehe..Dah berbuah tuu nampak tak???
.
Ini pula haiwan ternakan saya....Ader kuda, kambing,biri-biri dan lembu.....colourful lagi!!!!!
.
Ayam..itik..arnab..dan kura-kura juga
.
Kucing tu asalnya dua ekor, tapi sekarang saya dah tambah lagi jadi empat ekor... ..Kat situ saya tanam Raspberry...tapi dah berbuah...dan lepas petik saya gantikan dengan pokok bunga...sajerr nak buat taman kecikk..ehehe...
.
Inilah taman bunga saya yang comellll
.
Kalau nak tahu...dalam ladang saya pun saya ader dusun buah-buahan..Macam-macam buah aderr...Daripada belum berbuah sampaila dah berbuah...hahaiiii!!!
Jom makan jommm!!!Dah buah dah tuu....
.
Sebenarnya ada banyak lagi tanam-tanaman saya ..cuma belum berbuah..malas nak tangkap gambar... Kalau nak tahu,kawan-kawan saya yang lain lagi dah up besar punyerrr ladang..saya jerr yg terkontang kanting lagii...maklumlah..mana ader banyak masa nak main ladang2 nih!!!
Saper-saper yang nak join face book saya mehla add saya disini
~ Maka tamatlah Edisi Merapu untuk hari ini yerrr...ntah hape-hape ntah...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Nov-2009 02:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KASIH SUCI
|
|
Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti
Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai
Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti
Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci
Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya
Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya
Sederhana tapi oh sempurna
Oh oh oh…
Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci
   
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Oct-2009 02:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aidilfitri 2009
|
|
Raya kali ni bermula di rumah Atok & Wan di Jeram...(dan mungkin tahun-tahun seterusnya kut)..sebab Atuk & Opah Raudhah belah abah dua-dua dah takder... (Al-fatihah)..Raya ke-2 sampai ke-4 baru kami balik Sungai Besar (rumah Mak Long Raudhah)
Tak banyak ambil gambar sebab pagi tu selepas bermaaf-maafan (njaluk ngapuro org jawa kata) semua dah sibuk nak keluar beraya..gambar ngan family memasing pun takder..cessss!!! Tengok jerla mana yang ader...semua pun cilok kat facebook jerrr...
. . .
Raya ni punyalah teruja nak pakaikan Raudhah baju kurung..hihihi besar pun besarlahhh....Atuk boleh alterkan..ehehehehe...
.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Sep-2009 05:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Latest Raudhah
|
|
Alhamdulillah..Raudhah sekarang dah pandai berguling-guling..mara...dah nak angkat punggung sikit2..Mengomel2... kalau dah angkat dia pastu letak balik...mesti nangiss...hmmmmm...tengokla nie...
"Pandai kerrr anak ummi baca buku nie????"
"Caye nak baca buku laaaa ummi....."
Raudhah buat sepah ummi yang kena kemas...
Kita minummmm duluuuu!!!
With her new 'vehicle'
.
Asyiklaaa sebut "bah..bah...bah...pa..pa..pa..."...ermmm asyik abahhhh jerrr....ummi sket pun xdapat nama ke???
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Sep-2009 07:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ SALAM LEBARAN ~
|
|
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN YANG MENGENALI DIRI INI...
RAMADHAN DILALUI DENGAN KEINSAFAN...LEBARAN MENJELANG TANDA KEMENANGAN...SEMOGA DI TAHUN AKAN DATANG DAPAT BERTEMU LAGI WAHAI RAMADHAN....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Sep-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ RAMADHAN ~
|
|
TANDA LAILATUL QADAR
Antara tanda-tanda zahir yang dapat dilihat pada malam al-Qadar (Lailatul-Qadar) dan pada siangnya ialah sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya;
“Lailatul-Qadar; malamnya cuaca/udara menyenangkan iaitu tidak panas dan tidak dingin, pada paginya matahari terbit dengan cahaya yang lemah dan kemerahan”
(HR Imam Thayalisi dan al-Baihaqi dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Hadis ini menurut as-Suyuti; hasan. Lihat: al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7728).
Namun para ulamak menjelaskan; Tidak semestinya orang yang tidak nampak tanda-tanda (Lailatul-Qadar) ia tidak mendapat malam tersebut. Barangkali seorang yang bangun pada malam Lailatul-Qadar itu ia tidak memperolehi dari malam itu melainkan peluang beribadah dan tidak ada sebarang tanda yang dilihatnya. Dia lebih baik dan lebih mulia di sisi Allah dari orang yang melihat tanda-tandanya sahaja (tetapi tidak beribadah pada malam itu)” (Lihat: Faidhul-Qadier, Imam al-Minawi, syarah hadis no. 7728).
Wallahu a’lam.
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
3 AMALAN RASULULLAH SAW PADA 10 MALAM TERAKHIR
DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa:
“Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”
Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:
Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.
Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.
Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”
Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.
Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”
Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.
Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”
Memperbanyak doa.
Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.
Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”
Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Sep-2009 04:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~Tat Nanas Gulung ~
|
|
Sumber : Mingguan Wanita Edisi Khas Aidilfitri
Bahan-Bahan
Doh:
250g Mentega
60g Gula
2 biji telur (saya guna 1 biji kuning telur)
350g Tepung Gandum
20g Tepung Jagung ( saya guna tepung kastad)
Inti:
Jem Nanas secukupnyer
Glaze:
Kuning telur dan sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1.Pukul Mentega dan gula sehingga kembang
2.Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati
3.Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh
4.Masukkan dalam acuan tat gulung dan isikan inti
5.Sapu bahagian atas dengan kuning telur yang telah dicampur dengan sedikit pewarna kuning
6.Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 15-20 minit.
|
|
|
|